Redup Homestay dikelilingi kehijauan, bersih, kemas dan praktikal untuk mereka yang berhajat menginap sekejap di Hulu Selangor.
Monday, 17 July 2017
LOKASI TUMPUAN & MENARIK
Lokasi-lokasi tumpuan & menarik yang berdekatan dengan homestay kami di Hulu Selangor:
KUALA KUBU BHARU
Darul Quran, MRSM, IKBN, Pusat-Pusat Pentadbiran Kerajaan Daerah Hulu Selangor, Empangan KKB, Sg Chilling dll (11 km)
HULU YAM
Sekolah Sains Hulu Yam, Hutan Lipur Hulu Yam (5 km) Sungai Kedondong & laluan ke Genting Highland
BANDAR BARU BATANG KALI
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Kolej Komuniti, Econsave, Dereten Kedai, Bank dll. (3 km)
STESEN KOMUTER BATANG KALI (1 km)
SEJARAH BATANG KALI
Nama
Batang Kali diambil sempena Sungai Batang Kali. Ada orang mengatakan kalau
ikutkan tafsiran bahasa Melayu, batang bermaksud batang kayu, kali pula
bermaksud anak sungai, jadi maksudnya ialah batang kayu anak sungai. Ada juga
yang menyatakan kali bermaksud lipat ganda, jadi Batang Kali bermaksud banyak
batang kayu.
Perkataan
Batang dan Kali banyak digunakan dalam nama tempat. Misalnya Batang Berjuntai
di Selangor, dan Ulu Kali yang berdekatan Genting Highland. Batang Kali ialah
sebuah pekan kecil yang terletak di utara negeri Selangor. Ia merupakan sebuah
tempat yang kaya dengan hasil bijih timah pada ratusan tahun dahulu.
Kampung
Batang Kali terwujud setelah bijih timah dijumpi pada kurun ke-19. Mengikut
rekod The Tin Resources of the British Empire, Batang Kali, kalumpang,
Serendah, Rawang dan Kuala Kubu Baru telah digolongkan sebagai kawasan yang
kaya dengan hasil bijih timah di sebelah utara Selangor sejak awal kurun ke-20.
Kepesatan
penanaman getah dan perlombongan bijih timah pada awal kurun ke-20 telah
memakmurkan Batang Kali. Kemakmuran dan ketenteraman tersebut dinikmati
sehinggalah Perang Dunia Kedua meletus
Pada
tahun 1941, perang Pasifik meletus, Ulu Selangor yang merupakan gerbang masuk
Kuala Lumpur telah menjadi markas British bertahan yang akhirnya tewas selepas
pertempuran sengit. Kolonel Spencer Chapman dalam bukunya The Jungle is Neutral
merekodkan bahawa beliau bersama sepasukan tentera yang tidak sempat berundur
telah terkandas dalam hutan sekitar Ulu Selangor. Beliau kemudian telah
bekerjasama dengan MPAJA untuk menentang penjajahan Jepun. Selepas Perang Dunia
Kedua, Batang Kali yang tidak sempat mengambil nafas baru sekali lagi
terjerumus dalam keadaan huru-hara, ianya menjadi kawasan hitam dimana PKM
berakif.
Pada
12hb Disember 1948, sepasukan tentera pimpinan Scots Guards didakwa telah
membunuh seramai 24 penoreh getah di Estet Sungai Rimoh. Sungai Rimoh terletak
5km dari Batang Kali, iaitu 2km ke depan persimpangan jalan Batang Kali ke
Genting Highland.
Satu-satunya
yang terselamat disebabkan beliau telah pengsan ketika ditembak. Ia merupakan
peristiwa berdarah paling dashyat zaman darurat, yang tidak dapat dilupakan
oleh penduduk Batang kali sekian lama.
Penjajah
British telah memaparkan dalam suratkhabar dengan tajuk “Kejayaan Besar
Menumpaskan Pengganas” untuk menjelaskan pergerakan tersebut. Tetapi hakikat
sebenarnya ialah mereka yang dibunuh hanyalah penoreh getah yang tidak
bersenjata dan bukannya ahli-ahli PKM.
Akhbar
The People Britain telah mendedahkan skandal tersebut pada tahun 1970 yang
berjudul Pembunuhan Beramai-ramai Batang Kali.
Hasilnya,
Britain telah menghantar agen khas ke Malaysia untuk menyiasat kes tersebut
pada tahun yang sama. Namun begitu, Parti Buruh pimpinan Wilson telah kalah
dalam pilihanraya Umum Britain pada Jun tahun 1970. Perlantikan Pendakwaraya
Negara baru dari Parti Konservatif telah menghentikan siasatan tersebut.
Stesyen
televisyen BBC Britain telah merencanakan peristiwa tersebut pada tahun 1992.
Rancangan
dokumentasi tersebut berjudul In Cold Blood. Tiga tentera yang terlibat dalam
peristiwa itu bersama krew televisyen telah kembali ke tempat kejadian. Mereka
telah menziarah saksi-saksi kejadian dan keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.
Jawatankuasa
Tuntutan Gantirugi dan Siasatan telah ditubuhkan oleh keluarga-keluarga mangsa
baru-baru ini. Namun kerajaan Britain masih belum mengembalikan keadilan kepada
mereka yang terkorban.
Buku
Slaughter And Deception At Batang Kali hasil karya Ian Ward telah melaporkan
dengan jelas peristiwa berdarah tersebut.
Menjelang
tahun 1950, iaitu 2 tahun selepas peristiwa berdarah itu, penjajah British
telah mengumpulkan penduduk yang berselerak sekitar Batang kali termasuk
“Seratus Ekar” dan menubuhkan Kampung Baru Batang Kali.
“Seratus
Ekar” ialah sebuah tempat berkeluasan 100 ekar yang terletak 1.5km di utara
Batang Kali atau 4km ke selatan dari Rasa. Ia merupakan sebuah tempat dimana
peladang diberikan 2 hingga 3 ekar untuk menanam getah oleh penjajah British.
Kampung
Baru Batang kali dibina membelakangkan gunung. Dengan keluasan 10 ekar, ia
memuatkan 160 keluarga yang mempunyai ahli seramai 400 orang.
Sejak
itu, mereka saling bergantung dan bekerjasama untuk menyara hidup.
Untuk
menghalang penduduk memberikan bantuan kepada PKM, penjajah British telah
memagar sempadan Kampung Baru dengan dawai besi serta larangan keluar pada
waktu malam. Ketiadaan bekalan lektrik dan air memburukkan lagi mutu kehidupan
harian penduduk.
Walaupun
cara hidup telah berubah, namun aktiviti asal masih dikekalkan. Penduduk masih
menjalankan kerja melombong dan menoreh getah dengan sebilangan kecil terlibat
dalam aktiviti bercucuk tanam dan membalak.
Keadaan
huru-hara yang berpanjangan telah mengakibatkan kemerosotan berbagai bidang.
Penghasilan bijih timah turut merosot. Ini sedikit sebanyak berkaitan dengan
aktiviti PKM.
Pada
tahun 1960-an, Lim Goh Tong telah membeli 12,000 ekar tanah hutan di Batang
Kali dengan harga 600 ribu ringgit dengan niat untuk meneroka dan membangunkan
Genting Highland.
Lim
Goh Tong mensasarkan Gunung Ulu Kali berketinggian 1800 meter dari paras laut
untuk mendirikan sebuah tempat peranginan. Pada peringkat awal pembangunan
Genting Highland, ia tidak mendatangkan sebarang kesan kepada Batang Kali.
Sehinggalah
pada tahun 1990, laluan baru ke Genting mula beroperasi telah memberikan
peluang pembangunan kepada Batang kali.
Laluan
sepanjang 17km tersebut telah memendekkan jarak ke Genting Highland. Batang
kali yang terletak di kaki gunung Ulu Kali menjadi tempat transaksi ke Genting.
Ini turut membangunkan sektor pelancungan dan pemakanan.
Pembukaan
laluan baru ke Genting turut memberangsangkan sektor hartanah. Bandar Baru
Batang Kali merupakan salah satu simbol kepesatan pembangunannya.
Di
sebalik potensi pembangunan, satu keadaan pelik berlaku dimana penduduk Kampung
Baru Batang Kali semakin kurang.
Pada
awal penubuhan Kampung Baru, ia mempunyai 600 penduduk, dan bertambah kepada
1029 pada tahun 1954, jatuh kepada 631 pada tahun 1970, naik kepada 1055 orang
pada tahun 1980 dan bertambah secara lumrah kepada 1925 pada tahun 1995.
Berikutan
penghijrahan generasi muda ke Bandar Baru Batang Kali, serta sekitar Rawang,
Kuala Kubu Baru dan Kuala Lumpur, Kampung Baru Batang Kali hanya mempunyai 140
keluarga pada hari ini.
Nama
Kampung Baru Batang Kali kini ditukar kepada Kg Bukit Chandang, namun
masyarakat Cina masih mengamalkan sebutan lama. Ianya merupakan “Kampung
Hokkien” dimana kebanyakan penduduknya adalah keturunan Hokkien.
Kebanyakan
penduduk masih menjadi penoreh getah, 80% daripada “100 Ekar” masih kekal
dengan penanaman getah.
Panduan ke Baru Batang Kali:
1.Dari arah Kuala Lumpur melalui Rawang dengan jarak 56km.
2.Dari arah Kuala Lumpur melalui Batu Caves dengan jarak 38km.
3.Dari arah Genting Highland dengan jarak 30km.
1.Dari arah Kuala Lumpur melalui Rawang dengan jarak 56km.
2.Dari arah Kuala Lumpur melalui Batu Caves dengan jarak 38km.
3.Dari arah Genting Highland dengan jarak 30km.
PENGINAPAN HOMESTAY
REDUP HOMESTAY (2 unit)
Setiap unit ada: 2 Bilik tidur, 2 Bilik air, Dapur, Ruang Tamu, laman berumput dan parking kereta yang luas
Fasiliti : Aircond, Cerek elektrik, Peti Ais, Tv, seterika, 2 mattress tambahan, tuala, teh, gula, air minarel dll.
Harga @ RM200/malam
#homestaymalaysia#homestaybatangkali#homestayhuluselangor
CIRI-CIRI KESELAMATAN DI REDUP HOMESTAY
PINTU DAN TINGKAP GRILL
• Semua tingkap dan pintu dilengkapi dengan grill besi untuk keselamatan tetamu
LAMPU KECEMASAN
• Lampu ini akan menyala secara automatik jika bekalan elektrik terputus
TINGKAP KECEMASAN
TERLETAK DI TINGKAP BILIK UTAMA
• Jika berlaku kecemasan sila buka kunci@ pad lock pada tingkap untuk keluar . kunci ada bersama-sama kunci bilik pintu utama
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bagi yang nak berlibur, berkenduri, bermesyuarat, berkursus, dan lain-lain di Hulu Selangor, kami menawarkan penginapan: REDUP HOMESTA...
-
Lokasi-lokasi tumpuan & menarik yang berdekatan dengan homestay kami di Hulu Selangor: KUALA KUBU BHARU Darul Quran, MRSM, IKBN,...
-
Untuk membuat tempahan atau sebarang pertanyaan : Hubungi / WA Pemilik Homestay 0123058390 (Puan Fizah) 0123216345 (Encik Nizam)